Selamat Datang | Welcome

Monday 1 March 2010

KACA adalah badan kebajikan / sukarela (Non Profit Organization) yang ditubuhkan pada 27hb. Oktober 1986, rujukan : BPD 25/807. Ia bertujuan antara lain untuk meningkatkan kebajikan Kanak-kanak Cacat Kurang Upaya di Negara Brunei Darussalam yang belum menghadiri sebarang bimbingan dan latihan secara formal.

Dalam hal ini, KACA menyediakan program bimbingan dan latihan khusus agar kanak-kanak tersebut boleh hidup berdikari dan mampu meneruskan persekolahan di sekolah-sekolah rendah kerajaan, iaitu dapat menjalani pendidikan 'mainstream'.


KACA kini mempunyai 3 buah cawangan iaitu sebuah di Daerah Brunei Muara, Daerah Tutong dan Daerah Belait. Mulai Mei, 2006, keramaian kanak-kanak kurang upaya yang mengikuti program / aktiviti KACA adalah seperti berikut :
  1. 84 orang di Pusat KACA Brunei Muara
  2. 24 orang di Pusat KACA Cawangan Tutong
  3. 11 orang di Pusat KACA Cawangan Belait

Jumlah keseluruhan ialah 119 orang.

Manakala Keramaian ahli KACA (Kanak-kanak Kurang Upaya) di seluruh negara ialah :
  1. Brunei Muara 297 orang
  2. Belait 73 orang
  3. Tutong 91 orang
  4. Temburong 28 orang

Jumlah keseluruhan ialah 489 orang.

Jumlah kakitangan KACA ialah:
12 orang sepenuh masa
102 orang separuh masa

Waktu pejabat Pusat KACA mulai jam 7.45 pagi hingga 4.30 petang ( Isnin hingga Khamis dan Sabtu)

Matlamat utama program di Pusat KACA di semua daerah adalah sebagai benchmark (sukat-sukat) untuk menempatkan segala kemudahan program / aktiviti bagi mewujudkan sebagai institut Latihan Khas yang akan menyediakan kemudahan pemulihan dan pendidikan yang berasaskan Program Pendidikan Awal (Early Development) dan Pendidikan (Special Education) dari peringkat anak damit hingga PRA sekolah (1 tahun hingga 6 tahun).

KACA memperolehi dana dari syarikat-syarikat swasta, persatuan-persatuan kebajikan dan sukarela dalam dan luar negara, dan orang perseorangan. Bagi menambah pendapatan untuk tabung kewangan KACA, beberapa aktiviti-aktiviti seperti walkathon, Jogathon, Malam Amal dan pertunjukan-pertunjukan amal diadakan dari masa kesemasa.

Semua pusat KACA berfungsi sebagai pusat persidangan, masyarakat, forum, seminar, kursus, taklimat dan majlis-majlis rasmi di peringkat daerah dan nasional terutama dalam bidang yang berkaitan dengan pemedulian dan pembelajaran Kanak-kanak Kurang Upaya.

Secara keseluruhan, KACA sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), bukan sahaja berperanan menjaga kebajikan golongan orang-orang yang cacat dan kurang upaya, tetapi ia juga memainkan peranan untuk memberi perkhidmatan kepada ibubapa khasnya dan belia-belia amnya dalam kerja-kerja Khidmat Masyarakat di seluruh Negara Brunei Darussalam.

Penubuhan Pusat KACA ini dapat membuktikan bahawa KACA mempunyai wawasan dan komitmen sosial yang mantap. KACA dapat menentukan dan merebut setiap peluang untuk meningkatkan kualiti dan imej sistem pendidikan khas yang sentiasa mempunyai ruang untuk diterokai melalui kreativiti intelektual dan kreativiti minda.

Ibu Pejabat KACA
Seri Begawan
21hb. November 2009

Read more...

  © KACA Brunei KACA Brunei by KACA Brunei 2009

Back to TOP